Video Zee Avi Berkain Batik – The Book Of Morris Johnson

Zee Avi atau nama sebenar nya, Izyan Alirahman adalah seorang anak jati kelahiran negeri bumi kenyalang, Sarawak. Zee Avi yang dikenali juga sebagai KokoKaina dilahirkan pada tahun 1985 di Miri Sarawak. Zee Avi tidak asing lagi di dunia hiburan tanah air dengan lagu nya, Kantoi. Sedikit sejarah Zee Avi di dunia hiburan, pada tahun 2007, Zee Avi bermula menjadi seorang penulis lagu apabila dia menyiarkan lagu dan video pertama nya di laman Youtube.

Dari masa ke semasa, Zee Avi mendapat pujian dan semakin mendapat tempat di hati pencinta seni muzik. Ada yang kata, suara Zee Avi mirip kepada suara Norah Jones. Selain suara zee Avi yang mirip Norah Jones, Zee Avi juga membawa ciri wanita melayu walau dia kini berada di luar negara.Hari tu aku sempat berjumpa dengan Zee Avi sewaktu mendapat jemputan untuk ke Perhimpunan Belia Sarawak 2011. Zee Avi adalah artis jemputan. Masa tu Zee Avi akhirnya pulang ke tanah kelahiran nya Bumi Sarawak setelah sekian lama berada di luar negara. Masa perhimpunan belia sarawak, Zee Avi telah dianugerahkan Anugerah Ikon Belia Antarabangsa untuk negeri Sarawak. Dia memang layak. :)

Hari ni aku ada jenjalan di laman web Huffpost Entertainment dan ada tengok berita pelancaran video baru Zee Avi. Layanzz video Zee Avi berkain batik sambil menyanyikan lagu The Book Of Morris Johnson.

Terima kasih Zee Avi, sedikit sebanyak kau dah perkenalkan kain batik melayu ke dunia luar.

Layan juga Video Live Lagu Mee Kolok Sigek dari Zee Avi di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  1. nizamghazi says:

    Sedap lagu ni, n bertambah sedap mata memandang beliau berkain batik

  2. Mr Rileks says:

    boleh fight anna raffali nie.. ekeke…

  3. sayacomel says:

    wahh..berkain batik la pulakkk…

  4. Mr.CiteJe says:

    aku memang minat zee avi nie.. lagi sempoi je.. hehe

  5. bEe says:

    Boleh lawan Anna Raffali dgn Yuna ni… hehehe~

  6. Sobri Mansor says:

    bakal menggegarkan dunia muzik tanahair suatu hari nanti nih

  7. titan says:

    yan aku pasti, dia comel. haha..

  8. MDHAFiZ.NET says:

    Baru ku tau dia orang Serawak :)

  9. ohcikgu says:

    sedap gak lagu nih.. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>