Video Perjalanan Hidup Steve Jobs

Seperti yang anda sedia maklum, Steve Jobs yang merupakan co-founder kepada Apple Inc. telah meletak jawatan akibat daripada faktor kesihatan. Apple telah memberikan pengaruh besar kepada dunia teknologi perkomputeran. Apple telah meraih pelbagai kejayaan dalam dunia pembangunan teknologi. Di bawah pengaruh dan akal fikiran yang berpandangan jauh oleh Steve Jobs, kini Apple sudah berkembang pesat dengan pembangunan handheld – devices.

Video yang saya sediakan di bawah adalah koleksi video yang mempersembahkan perjalanan hidup Steve Jobs yang telah disusun mengikut kronologi.

Seperti yang telah diketahui umum, mari kita mulakan perjalanan hidup Steve Jobs bermula pada tahun 1978. Pada tahun 1978, itu adalah kali pertama Steve Jobs muncul di kaca TV. Bayangkan… mungkin ada pengguna Apple Product yang masih belum lahir pada ketika itu. Yea.. saya juga belum lahir masa itu, tapi untuk makluman anda, saya “belum” lagi bergelar pengguna Apple Product Family. Mungkin 1 hari nanti? =)

Video seterusnya pula adalah video pada tahun 1983, yang dirakamkan dari rancangan TV The Dating Game. Turut bersama Jobs dalam video ini adalah seorang software developer/chairman iaitu Bill Gates. Apa yang menarik dalam video ini, Gates ada mengatakan sesuatu dan ayat itu tidak akan dilupakan dari dulu sehingga kini:

During 1984, Microsoft expects to get half of its revenues from Macintosh software.”

sila saksikan sendiri video ini:

Video seterusnya pula diambil pada tahun 1984, ini adalah detik bersejarah dalam hidup Jobs serta Apple Inc. apabila pada tahun tersebut, mereka memperkenalkan Macintosh Desktop Computer. Huh~~ Mula dari detik ini, Jobs telah diangkat menjadi seorang tokoh dalam bidang perkomputeran.

video dibawah ni pula adalah video penerangan daripada Steve Jobs berkaitan bagaimanakah konsep sebuah komputer dari mata beliau. Bagi Jobs, Komputer adalah “the most remarkable tool we’ve ever come up with.”

Masih ingat dengan kata-kata daripada Bill Gates dalam video kedua di atas? Dalam video kedua tersebut, anda dapat lihat kemesraan antara Bill Gates dan Steve Jobs. Namun, video seterusnya yang diambil pada 1996, adalah keteranan berkaitan isu Jobs dan pesaing terdekat nya iaitu Microsoft.

“They, they don’t think of original ideas…” Terang lagi bersuluh, Steve Jobs bukanlah pengguna Windows 95 pada masa itu.

Beralih ke era modenisasi, tahun 2000. Apple mengenalkan produk terbaru mereka iaitu Ipod.

Hasil daripada kemunculan produk Ipod daripada Apple, Steve Jobs dan Apple semakin mendapat tempat di mata peminat barangan teknologi. Video seterusnya pula adalah video di mana Steve Jobs memperkenalkan iPhone 4. Video ini berdurasi hampir 2 jam dan telah di lihat oleh lebih 500,000 orang. Oh! Sungguh besar pengaruh Apple Inc dan Steve Jobs.

Steve Jobs memang seorang CEO yang bertaraf professional. 2007, Steve Jobs telah muncul di pentas bersama dengan saingan nya iaitu Bill Gates, CEO Microsoft membincangkan berkaitan teknologi akan datang, mereka turut berkongsi minat yang sama ketika muncul bersama di atas 1 pentas seperti yang ditunjukkan dalam video di bawah.

Bukan itu saja, Jobs juga pernah dijemput ucapan alu-aluan untuk Majlis Konvokesyen Stanford University’s 2005.

Di bawah ni pula adalah video terakhir. Jobs berada di mesyuarat Cupertino City Council membincangkan pembangunan Kampus baru Apple.

Daripada seorang programmer yang berlindung disebalik tugasan harian nya membangunkan sesuatu untuk memudahkan urusan orang lain, pada tahun 1978, sehingga la ke tahun 2011. Steve Jobs adalah seorang yang berfikiran jauh dan sangat professional. Steve Jobs dan Apple memang tidak asing lagi dalam dunia perkomputeran.

nota kaki: entry ini diambil dari pelbagai sumber.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  1. saveqmm says:

    OMG…bnyknya video….penin pakcik nak tinguk..

    walaupun sudah termasuk dalam keluarga apple,tapi aku tak sedih pun kalau dia resign~~kihkihkih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>