SPM Tidak Menentukan Masa Depan

Hari ini, 23 mac 2011 hari yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang lahir pada tahun 1993 sebab keputusan SPM dah diumumkan. yea.. amacam keputusan kau?

Aku dah lalui ini pada tahun lalu. 2010 – tahun untuk result SPM aku di umumkan. Perasaan memang haru biru sebelum pegi ambil result. Kau pula macam mana? Kalau kau mau tahu, kekadang aku rasa ingin ambil result tu cepat-cepat… then tetiba rasa pula takut mahu pegi ambil. Lastly, bila result dah ada di tangan… tiada perasaan pula. Happy tiada, sedih tiada.. tapi tetap bersyukur. Aku bukan pelajar kesayangan sekolah.. result ku tidak cemerlang sangat. Berbaloi juga result itu dengan pelajar malas. haha… WTH!

Hari ni news feed facebook memang meriah dengan perkataan “result spm”, “aku lulus”. Tahniah untuk rakan-rakan aku yang lulus dengan cemerlang. Cahaya masa depan baru terbuka… tinggal korang pilih saja mahu yang terang atau gelap. Kalau gelap, jangan main raba-raba. hahaha.. ;)

Ok.. aku mahu menjerit ke telinga kamu, cuba dengar… “SPM tidak menentukan masa depan….” sekali lagi.. “SPM tidak menentukan masa depan….” dan sekali lagi… “SPM tidak menentukan masa depan….”

Mengapa? Sebabnya………..

  1. masa habis PMR dulu, mejoritinya.. pilihan untuk kursus pada tingkatan 4 adalah pilihan guru, ibubapa atau pembahagian secara random.. atau keputusan ikut kawan, tidak kurang juga ikut pasangan. Kawan masuk kelas akaun, kau pun ikut juga. Girlfriend masuk sains sukan, kau pun ikut juga. WTF!
  2. kau belum fikir masa depan masa habis PMR dulu. Maklum saja, kau baru berumur 16 tahun masa tu kan. Kau hanya fikir, susah atau senang aliran yang kau pilih masa habis PMR tu. Aliran sains confirm kau akan kata susah, tassawur islam confirm kau kata senang.
  3. Kau bangga masuk kelas sains.. masa dulu-dulu, orang tanya aku, “kau science stream ka?” aku jawab aku akaun.. mereka pandang rendah. Mungkin sama juga macam kau, orang masuk science stream kau pun mahu juga sebab di pandang tinggi setinggi bangunan sekolah kau itu. Setelah beberapa bulan, baru kau sedar science stream bukan untuk kau. Maka, kau pun berpindah randah ke kelas @ sekolah lain.
  4. Kau fikir student science stream senang untuk masuk Universiti.. itu persepsi ramai. Termasuk kau.. yea.. kau yang tengah baca ni. Tapi masa aku di sekolah dulu, aku ada ikut Karnival Kerjaya dan aku di bagi tahu semua student berpeluang masuk Universiti ikut aliran semasa SPM. So.. realitinya, semua berpeluang ke Universiti walaupun kau aliran sastera.

Bukan hanya setakat yang di atas ni, mungkin ada lagi. Apa? kau ada fikirkan sesuatu? masukkan saja dalam ruangan komen di bawah ok.

Realiti kehidupan lepas pmr, sebelum SPM dan selepas SPM aku.. kau patut jadikan iktibar jika kau rasa ini berguna:

  1. Masa aku lepas PMR. Dulu-dulu, masa aku habis PMR, aku ada minggu orentasi tingkatan 4 di sekolah. Cikgu – cikgu bagi kenal dengan subjek dan aliran tingkatan 4 ni. Otak aku blur dan aku tidak tahu apa-apa. Memandangkan result aku ada ok sikit berbanding pelajar lain, aku di masukkan dalam kelas Prinsip Perakaunan. Sekali lagi aku ulang, PRINSIP PERAKAUNAN.
  2. Masa aku sebelum SPM pula. Aku belajar macam biasa dan aku sangat tertekan kerana aku baru sedar aku tidak minat Perakaunan. Aku tidak minat perakaunan tapi minat aku terhadap “komputer” semakin meningkat. Aku belajar komputer secara senyap dan menyendiri. Kalau kau tanya siapa cikgu aku, aku akan jawab, cikgu aku google dan youtube.
  3. Lepas result SPM keluar. Aku semak UPU, aku tidak ditawarkan mana-mana Universiti, tetapi aku semak politeknik.. aku dapat pula Diploma in Programming (Information Technology) di Politeknik Kuching Sarawak. Aku tidak pernah bayangkan aku akan ke Sarawak, dan akhirnya.. kini aku selesa belajar di sini.

So.. moral of the story, sehebat mana kelas yang kau duduk masa tingkatan 4 dan 5, tidak bermakna kau akan duduk dalam universiti yang bertaraf dunia.

gambar di atas ni gambar kenangan aku dengan kawan-kawan masa semester 1 – Julai 2010 yang lalu.

Kalau kau pilih kursus untuk Diploma atau program Asasi kau, baik kau pilih yang kau minat. Bila tersalah pilih, kau yang tanggung akibatnya. Dunia IPTA tidak sama dengan dunia masa kau berpakaian seragam putih dulu. Aku penat menaip karangan ini. :D

p/s: aku bukan yang terbaik. sebab tu aku dah tersalah pilih course masa form 4. aku sengaja buat entry ini antara “aku” dan “kau” agar kau selesa membaca.

2 link ini berguna untuk kau:

Terbaru! Info Permohonan Ke Politeknik – Lepasan SPM Setaraf

Lepasan SPM – Ingin ke IPTA Tetapi Tidak Kenal Borang UPU

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  1. ayoys says:

    mmg btul apa yang ko ckp tu, msuk alran sc mmg bangga, sc sosial ditandang rendah, untung la aku sedar diri pindah pgi sc sosial scara suka dan rela..aku ndk pkir bangga yang aku pkir otk ku ndk mampu tmpung smua sbjek sc tu,lgi pun tme tu aku baru mengenal dnia internet..
    hahhahaha…jd kesimpulannya, klu msuk sc sosial ndk lah aku mcm org gila belajar..hahhaa..itu la yg aq fkir msa fr4..mmg gila.. baru aku sedar ni..hehhe

  2. suffer8zine says:

    setuju la bro, kalau nk berjaya kita kene la usaha, nak seribu daya

    Terkini : Belasah Ibu Sebab Kahwin Lain

  3. eastbullet says:

    lepas SPM banyak lagi jalan yang ada. even gagal, kita masih boleh repeat paper dan dapatkan cukup kredit untuk ke institusi pengajian lain. biar tempoh masa belajar kita itu lama, jangan sampai tak belajar lansung. ilmu itu adalah antara perkara penting dalam hidup.

  4. Faris says:

    Stuju bro.. kita belajar ikut kemampuan sendiri bukan nak kira pandang tinggi or rendah aku sains pertanian je.. huhu.. kawan aku pulak malu la coz masuk kelas ni blaja tak tara mana pun..

  5. Affan says:

    owh camtu ye pengalaman ko.
    Tak sangka pulak keputusan baik masa PMR kena ambil akaun, sepatutunya aliran sains lah (biologi)

    Lagi satu, memang tak dapat dijangka, minat manusia kadang2 boleh berubah

    • junaidiey says:

      Yea Affan…
      sya rela masuk kelas perakaunan daripada mendapat tekanan dalam kelas sains (biologi)

      Walau di mana pun kita, walau apa pun keputusan kita, keputusan kita mesti ada pro dan kontra nya tersendiri.

      Terima kasih Affan meninggalkan jejak di sini. :)
      nanti sya buat kunjungan balas.

  6. KayRool says:

    aku pn amik PA~
    tapi aku dak bleh maw layan PA tuew , so aku plan nnti time cuti 3 bulan tuew aku maw amik kelas komputer dan amik jurusan yg aku minat… Computer / Graphic-design

    • junaidiey says:

      thanks good….. apa-apa pun goodluck bro…. fokus sma SPM dulu.. nanti SPM suda lepas baru kau bebas pilih kursus ikut kemampuan N minat mu. :)

      c ya @ Tawau. :)

  7. qyqa says:

    salam..

    terima kasih untuk maklumat yg sangat berguna nih..
    memang sekarang dah rasa kepayahan nak memilh..
    huhuhuhu

  8. Aku rase pelik says:

    Peliknye skola kau
    Skola aku klas sc atau akaun same je
    Budak yg dpt 8a kt klas sc hmpir separuh
    Budak yg dpt 8a kt klas akaun pon hampir separuh
    Yg peliknye member2 aku kt skola lain ckp masok klas akaun x de life la susah masok universiti la
    Tapi aku x caye sebab kakak aku yg kelas akaun dpt je masok universiti siap dpt tawaran gie australia sambung acca

  9. nana says:

    baru ku taw ada entry mu sal ini.. pdhl lma suda kan..ahaha, seramku dgr bha ko ckp g2.. apa 2? SPM TIDAK MENENTUKAN MASA DEPAN, ulang suara SPM TIDAK MENENTUKAN MASA DEPAN YA ADIK2..hahaha, bha makaC linknya ya

  10. [...] Latif pun berjaya macam Yuna, we should proud of her. Ada inisiatif untuk jadikan sesuatu yang dia minat sebagai kerjaya. At least, dia dapat pengalaman dari apa yang dia buat. Sekian review untuk 2 orang selebriti dalam [...]

  11. tengku says:

    a’kum..

    aku bekas pelajar sekolah asrama penuh, sekolah menengah sains…pastu masuk matrik usm..pastu habiskan first degree kat usm…just nak share kat sini…

    disebabkan cemerlang upsr, aku masuk sekolah sains…pastu disebabkan cemerlang gak pmr (alhamdulillah), aku masuk kelas aliran sains…masa tu ada sebuah kelas jer aliran sains sosial…selalunya pelajar yang kurang cemerlang pmr akan masuk kelas sains sosial…

    masa tu kami mana ler tahu apa2 tentang kerja/masa depan/etc…
    tambah2 pulak aku datang dari kampung..mak ayah, sedara mara , semua org2 kampung, kerja kilang,kerja kampung, biasa2 jer kejrjanya…

    so, memang takde pendedahan oleh mana2 pihak (ibu bapa/sekolah/jiran2/etc) tentang hala tuju ke arah kerjaya yg betul…

    maka nak dijadikan citer, masuk la kelas sains…
    amek aliran sains ni sebenarnya memang kena belajar betul2..takleh main2…

    namun malangnya, time tu la jugak (umur 16 tahun la katakan, baru2 jer lepas baligh,kenal cinta,etc), maka ada banyak dugaan…frust bercinta la, mula minat motor la (lesen motor umur 16), …so tumpuan tak diberi kepada pelajaran…

    act, kami seolah2 ‘dipaksa’ ambil aliran sains tulen…

    ramai antara kami masa spm tak cemerlang sgt…
    budak2 yg amek aliran sains sosial memang dpt result cemerlang..

    di peringkat matrik/IPT pulak, ramai pelajar2 yang asalnya cemerlang di peringkat spm, kecundang…ada yang gagal matrik, kena buang..
    dulu matrik 2 tahun…matrik di bawah Universiti ..bukan bawah kementerian…so, sijil matrik hanya ‘laku’ untuk universiti tersebut jer…

    contoh, ada seorang kawan aku ni, dia gagal matrik (dah 2 tahun)…diberi peluang oleh universiti untuk ulang ..so tambah setahun lagi (total=3 tahun la matrik)…pastu gagal lagi…dia kena buang…

    nak elakkan malu pada ekluarga dan orang kampung…dia tak bagi tahu kat family dia dia kena buang…dia guna spm (yang cemerlang resultnya), mintak jadi kerani kat sebuah agensi swasta…perjalanan dia sebagai pelajar universiti ahbis kat situ…padahal dia ex-pelajar mrsm…aggregat bawah 11 dalam aliran sains (kira cemerlang la tu, bagi sape2 yg tak tahu)…

    selepas matrik, wujud tiga kelompok:

    kelompok 1:
    pelajar2 yg cemerlang dalam matrik, akan dapat kursus-kursus hebat seperti medic, accounting, pharbacy, etc..

    kelompok 2:
    pelajar2 sederhana cemerlang akan dapat kursus2 biasa2 yang kurang org minat (sebab susah nak bawak/pasaran kerja kurang/tak glamer), seperti sains fizik, sains kimia, etc…dan

    kelompok 3:
    pelajar2 yg tidak cemerlang dalam matrik aliran sains akan diberi kursus2 yg senang seperti sains politik, sains kemasyarakatan, dan lain2 kursus sastera/bukan berasaskan pengetahuan sains (walaupun anma kursusnya ada perkataan ‘sains’).

    Hasil daripada pemerhatian dan pengalaman aku, pelajar2 dari kelompok 1 kebanyakannya memang berjaya dapat kerjaya yg diimpikan…sebab diaorg ni memang kaki buku/genius…

    kelompok 3 juga berjaya…
    disebabkan kelompok ini terdiri daripada ramai bekas pelajar sains (yg dulunya pelajar cemerlang),hampir kesemua mereka score dalam study diaorag…ramai yg dapat cgpa tinggi2..ramai yg dapat anugerah dekan, etc..

    dan bagi kelompok 2, mereka agak malang…
    mereka yg asalnya result tak berapa bagus dalam sains (result matrik tak berapa cemerlang, tapi dipaksa ambil kursus2 sains yang berat (contoh: sains fizik, sains kimia, etc), mereka2 ini majoritinya lulus cukup makan…cgpa tak tinggi..

    akibatnya:

    kelompok 2 payah nak dapat kerja yang setaraf dengan bidang yg diambil sebab result cukup makan…alhamdulillah, kerajaan ambil inisiatif, wujudkan KPLI…(antara objektif utama diwujudkan KPLI adalah untuk membantu graduan menganggur di kalangan graduan bumiputera)…kwn2 aku yg di kelompok 2 ni banyak sekarag jadi cikgu …tapi timbul pulak isu lain…mereka sekarang adalah guru…tapi bukan minat sgt jadi cikgu, tapi dah takde pilihan lain…(awal tahun 2000, kerjaya guru orang tak minat…di matrikulasi USM, kami kena isi borang pilihan kursus apabila tamat matrik…kalau lelaki, letak kursus pendidikan kat no. 5 pun, sure dapat jadi cikgu….amatlah tinggi demand…sebab setakat ni takde lagi graduan kursus perguruan yang menganggur!)…

    Kelompok 3:

    disebabkan cemerlang di peringkat sarjana muda, ramai yang bekerja di sektor2 kerajaan (kerajaan ramai amek pegawai PTD dari kalangan graduan aliran sastera, yg result cgpanya agak cemerlang..dan pandai bercakap..hehe..memang mostly PTD petah bercakap..)…

    panjang plak aku taip…huhu

    kesimpulannya, result upsr/pmr/spm/matrik/stpm/etc memang tak menjanjikan masa depan..

    apa yg aku dapat perhatikan, rakan2 aku yang dulunya kurang cerdik atau tak cemerlang pun dalam pelajaran sama ada di peringkat sekolah rendah/sekolah menengah/universiti, kebanyakannya memang lebih berjaya/lebih kaya dari aku…yang dulunya upsr teruk, pmr teruk, spm pun cukup makan, then amek stpm sastera, sekarang dah jadi TKSU kat kemeterian2/berjaya dalam kerjaya masing2…semuanya bergantung kepada rezeki….seorang kawan aku yg dulunya bekas pelajar cemerlang spm (ex-mrsm), tapi disebabkan dia banyak main masa kat matrik dan kat universiti, sekarang ni jadi masih jadi kerani jer….

    minta maaf kalau ada menyentuh insan yg hidup atau meninggal dunia…tujuan aku hanya nak berkongsi pengalaman dan untuk dijadikan iktibar semangat kepada yg tak cemerlang dalam spm/pelajaran…
    wallahualam.

  12. nadia says:

    Saya student lepasan PMR. Keputusan saya emm boleh la.. Tapi cikgu dah tetapkan saya klas Prinsip Perakaunan pd thn dpn . Tapi saya sikit risau sbb kls ni mcm xde life sgt berbanding kls Sains tulen. mcm mne tuh? betul ke?

    • ariff says:

      slm…siape ckp class PA x deq life???…accounting is too values…skrg ni saya bljr kt australiia sambung ACCA..biaselah student2 pure science byk yg pndg rndh dkt bdak account…tpi bila result keluar…ramai mereka yang FAILED…haha…better ambil aliran accounting…AND FOR YOUR INFORMATION..soalan PA lecturer LONDON yg buat..kmntrian cuma translate jew..NMENYE LCCI..GUD LUCK eaadik ni…smoga cemerlang..SPM IS OUR SOUL…

      • zaty says:

        sy budak lepasan PMR, Alhamdulillah sy dpt straight A’s. Cikgu mmg letak sy ni kelas Pure Science . Dsebabkan lgsung xde minat lam scince so sy pilih Pure Account, pindah sekolah sorang-2, sadissnyee . biar la orang pndang rendah kat bdk account tp kat situ sy nampak minat sy and hope sangat-2 dapat berjaya cm abang belajar kt luar negara :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>