Seorang Gadis Menolong Pengemis Tua Ketika Hujan Lebat

Seorang gadis memayungi seorang pengemis tua ketika hujan lebat. Kejadian ini bukan sahaja terjadi di dalam coretan novel, tetapi ini adalah kejadian yang telah terjadi di Suzhou, China. Perbuatan baik seorang gadis iini telah berjaya dirakamkan oleh seorang jurugambar.Kejadian ini berlaku apabila hujan tiba-tiba turun dengan lebat lalu membasahi seorang pengemis tua yang tidak mampu untuk mencari tempat berteduh akibat daripada kecacatan yang dialaminya.
Walaupun payung yang digunakan oleh gadis itu kecil dan tidak dapat melindungi keseluruhan tubuh pengemis tua dan dirinya sendiri, ianya tetap menjadi tarikan para penduduk di kawasan terbabit ketika hujan turun dengan lebat.Terang lagi bersuluh gadis itu sangat prihatin.
Ada yang meragui hati budi gadis itu, tetapi saya percaya… di dunia ini masih ada segelintir manusia yang masih mempunyai perasan belas kasihan kepada mereka yang kurang berkemampuan.
Tidak perlu cerita panjang… biarkan saja gambar di bawah menceritakan segalanya…

Secara tiba-tiba… hujan lebat mula membasahi bumi. Kelihatan seorang pengemis tua kebasahan di tengah hujan lebat dan seorang gadis sedang mengambil payung.

Berlari menuju ke arah pengemis tua tersebut….

Memberikan pertolongan… walaupun si gadis juga sudah mula kebasahan…

Masih meneruskan pertolongannya…..

Baju gadis itu juga sudah basah kuyup.. hujan masih turun dengan lebat..

Kelihatan pengemis itu sudah mula kesejukan….

Semakin menuju ketepi.. mendapatkan tempat perlindungan. Gadis prihatin itu tetap bersabar dan terus menghulurkan bantuan…

Jelas kelihatan… pengemis tua itu tidak mampu untuk berdiri..

Semakin ketepi.. mendapatkan ruang untuk berteduh. Gadis itu masih setia menolong si pengemis tua…

Hujan semakin lebat. Payung itu seakan tidak berguna lagi untuk melindungi mereka dari titisan hujan…

Anda lihat baju gadis yang baik hati itu? Basah kuyup….

Siapa sebenarnya gadis tersebut? Persoalan ini masih lagi bermain difikiran saya…

Siapa…..?

Gadis itu kesejukan….

Hujan sudah mula berhenti… dan gadis itu akan pergi meninggalkan tempat tersebut…

Mari kita kejar….

Ini lah dia gadis yang baik hati tersebut (tengah)….
Jika pada bulan lalu, kes langgar lari Yue Yue mengundang kritikan serta hinaan untuk penduduk negara China, namun begitu tidak semua penduduk negara China adalah kejam. Buktinya, gadis ini. Gadis ini mempunyai sifat yang prihatin dan harus dicontohi. Dia menjadi perhatian banyak pihak kerana perbuatan baiknya tersebut. Walaupun masih ada yang berfikiran negatif terhadapnya.
Saya percaya, masih ada ramai gadis yang baik hati seperti gadis ini. Namun kebaikannya tidak ada yang rakamkan dalam pita video mahupun sekeping gambar. Kebetulan saja, kebaikan gadis dari negara China ini telah berjaya dirakamkan oleh seorang jurugambar yang secara tidak sengaja terlihat kebaikan gadis ini.
iklan: Sekiranya anda seorang gadis yang baik hati seperti gadis di atas, sila mesej saya di facebook kerana saya ingin berkenalan dengan anda.
Sumber: http://www.chinasmack.com/2011/pictures/girl-holds-umbrella-for-disabled-old-beggar-in-rainstorm.html




wah..mulianya peribadi gadis ini
siapa cakap perempuan tak baik hati? Haa..ni dah ada satu bukti perempuan yang cukup baikkk. hehe..
wa klw r aq dpt cewek mcm 2 ,k0mp0m aq happy ,sbp cwek zaman skrg nie jarang ada y mcm 2 ,hehe jgn trasa ya cwek skalian
*ngakak*Cerdas, cerdas =))Cara lain ya pura2 nanya eh, syianl hapenya penuh? Waaah punyaku susah syianl Bisa tolong miskol ke nomor ini? Atau saya miskol? Oke makasih. Note: makasih di atas pastikan makasih karena sukses, bukan karena disumpahi atau digampar hehehe..
wow….. this girl has inspiring me 2 do sumething good……eventhuough its an ordinary thing…………………