Terbaru! Info Permohonan Ke Politeknik – Lepasan SPM Setaraf

Masih ingat dengan entry sebelum ini pada blog minimalist layout putih blog junaidiey.com? Mengenai panduan mengisi borang UPU. Entry itu ada aku selitkan di sini. Cuba lihat dan baca.
Bagaimana pula dengan Politeknik? Untuk pengetahuan korang… Politeknik telah mengumumkan bahawa Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 2 April 2010 memutuskan bahawa mulai Tahun 2011, Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di pertanggungjawabkan menjadi Pusat Pengambilan Setempat bagi menguruskan permohonan dan pemilihan kemasukan ke Program Sijil dan Diploma kemasukan ke Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) serta Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
Berikut maklumat yang aku dapat daripada website Jabatan Pengajian Politeknik:
Borang Permohonan kategori Lepasan SPM bagi kemasukan ke Politeknik KPT (Fasa 2) sesi Julai 2011 akan dibuka mulai 10 Januari hingga 4 April 2011 melalui laman web http://upu.mohe.gov.my/.
Pemohon dinasihatkan untuk memahami syarat kemasukan dan program pengajian yang ditawarkan di Politeknik melalui web http://www.politeknik.edu.my sebelum membuat permohonan.
Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju supaya kutipan wang proses sebanyak RM 10.60 dikenakan bagi permohonan ke program pengajian Lepasan SPM/Setaraf di Istitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan program Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) serta Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
Nombor Unik ID (PIN) boleh didapati di semua cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.
Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan ke Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf bagi kemasukan ke politeknik KPT Sesi Akademik 2011 boleh dihubungi melalui talian berikut :-
Hotline : 03-8883 5858 ( 10 Talian )
Talian Am : 03-8883 5801 / 5802
E-mel : upu@mohe.gov.my
Mungkin korang akan lebih faham dengan merujuk pada carta alir yang terdapat disini.
Berdasarkan carta alir tersebut, Program pengajian di politeknik adalah dikenali sebagai TEVT. Dalam erti kata lain, borang permohonan ke politeknik terdapat bersama-sama dengan borang permohonan UPU. Bermakna, kod pin UPU yang korang beli dapat digunakan untuk memohon politeknik, kolej komuniti dan institut kemahiran lain. Maklumat lanjut, sila rujuk di sini.
Dibawah ini merupakan contoh yang telah aku buat untuk memilih kursus ke Politeknik.

Perhatikan gambar di atas. Pastikan korang memilih Politeknik dalam senarai pilihan kerana dalam ruangan pilihan itu juga terdapat pilihan lain seperti kolej komuniti. Hanya Politeknik saja yang menawarkan 100% kursus Diploma sama seperti IPTA.
Semoga info ini dapat membantu sedikit sebanyak berkaitan Panduan Mengisi Borang Politeknik Kemasukan Lepasan SPM. Sebarang maklumat tambahan bolehlah korang dapatkan dengan pantas di laman rasmi Jabatan Pengajian Politeknik.
Sekali lagi… untuk mengisi borang permohonan secara online. Boleh lah terus masuk ke laman web ini: https://online.mohe.gov.my/upu/online1112/spm/index.html




ingin memasuki poli.ingin sambung belajar di politeknik.harap di terima
sya xpnah on9 poli . tp nak on9 . gone ? ada ag kew pngambilan dye ?
tunggu ambilan sesi disember….
dapatkan pin dari bank simpanan nasional.
bilakah tarikh permohonan politeknik akan dibuka?tlg bg imbasan….dah pening.ade yg ckp bulan 8 la,bulan 10 la…macam2
sbar izzat,6t bln 6 nim bkalh pmohonn ke politek…..
blakah prmohonan politeknik akn di buka lagi….sy xpernah pown buka….tolong bagi sy info….supaya sy dapat memohon masuk ke politeknik
bilakah pemohonan politeknik akan ditutup?tolong saya bagi info
Asalamuaalaikum,saya pelajar lepasan SPM 2011.Saya ingin mengajukan dua soalan.Soalan 1, sekiranya saya tidak membuat permohonan politeknik pada fasa 1,bolehkah saya mengisi borang permohonan politeknik untuk fasa ke-2?Soalan 2,adakah no.pin UPU yang saya tlh beli di BSN diguna untuk memohon politeknik bagi sesi 2012??
sye tringun nk msk politeknik . bila pemophonan politeknik ditutup sila bri saya info tentang ye
KNAPA PERMHONAN UTK MSK POLI KOS DIA SKIT SNGAT.ADA WEBSITE LAIN KE SELAIN TEVT 2.SAL SYA BRMNAT UTK AMEK KOS KEJ AWAM KT POLI TP YG TEVT 2 PLIHAN DIA XADA PN.
mcm mana ye nk isi borang kmasukn ke poli….????