Keputusan Semester Jun 2011 Politeknik Kuching Sarawak

Keputusan rasmi untuk semester jun 2011 iaitu semester ke-3 pembelajaran saya di Politeknik Kuching Sarawak sudah diumumkan. Semua pelajar boleh menyemak keputusan masing-masing di sini dengan mengisi No.Kad Pengenalan dan No.Pendaftaran. Keputusan rasmi telah pun diumumkan bermula pada isnin (12/12/2011) – 8 pagi. Namun begitu, oleh kerana terlalu ramai pengguna cuba untuk akses ke laman web rasmi Politeknik Kuching Sarawak, akibatnya pelayan (server) Politeknik Kuching Sarawak susah untuk dicapai dan adakalanya server offline.

Slip di atas merupakan Slip keputusan milik Junaidiey. Yea.. keputusan yang tidak menerima sebarang Anugerah Ketua Jabatan, tetapi result ini sudah memadai untuk seorang yang pemalas. Pemalas? Oh yeah! Can you imagine… today is your final exam and you still playing computer game in midnight till 2am and ‘hangout’ at facebook in the morning, Then sit for examination in the afternoon. Bila masa saya belajar? Secara jujurnya, saya kurang belajar dan saya jawab exam berdasarkan apa yang saya ingat dan apa yang pernah saya buat.
Alhamdulillah… keputusan rasmi saya di atas buat saya rasa puas hati. Seingat saya, semasa minggu peperiksaan yang lalu hidup saya dipenuhi masalah dan hanya tahu ‘enjoy’ sahaja. Belajar ala-kadar, sebab itu tidak dapat capai Anugerah Ketua Jabatan. Yes, I admit it.
Penghujung disember ini, saya akan menuju ke semester 4. Yea.. semester 4 di mana sepatutnya saya menjalani latihan industri (LI). Malang sungguh rasanya bila terpaksa menjalani latihan industri pada semester akhir, iaitu semester 6. Bukan masalah disiplin mahupun masalah pembelajaran. Menjalani latihan industri pada semester 6 adalah keputusan yang telah ditetapkan oleh JPP – Jabatan Pengajian Politeknik. Itulah istimewanya kami, pelajar Diploma in Programming, Politeknik Kuching Sarawak.
Azam baru untuk semester akan datang dan pastinya rasa syukur alhamdulillah kerana saya berjaya mengekalkan pointer 3.++ yang telah saya bawa dari semester 1 lagi. Terima kasih untuk semua yang banyak membantu. aha.. macam ucapan artis pun ada. lol
Cuti di Tawau ada beberapa hari saja lagi pasti akan saya gunakan sebaik mungkin. Jumpa lagi di masa akan datang wahai Kuching, Sarawak. Pastinya pada hujung bulan ini. Serius, saya rindu Kuching dan orang-orang Kuching.
nota kaki: perasan tidak blog ini sudah tiada iklan google adsense?



