Jadual Waktu Berbuka Puasa Bagi Kawasan Tawau, Sabah 1432H/2011M

 

Ramadhan yang dirindui kini tiba lagi. Bangun di waktu subuh untuk bersahur dan berbuka bila azan maghrib bergema. Kami rindui ramadhan.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan…

Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara’ bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Lafaz Doa Berbuka Puasa:

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Selamat menunaikan ibadah puasa bagi semua kaum muslimin dan muslimat. Semoga amalan dapat digandakan pada ramadhan tahun ini.

Tahun ini aku tidak merasa sahur di Tawau sebab kemungkinan besar, malam raya baru aku sampai Tawau, Sabah. Puasa ku tahun ini di Kuching, Sarawak seperti tahun lalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  1. [...] di bulan Ramadhan beberapa hari saja lagi. Waktu buka puasa untuk kawasan Tawau pun sudah aku post di sini. Malangnya aku tidak berpuasa di Tawau. Ini tahun kedua berpuasa di perantauan Kuching, [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>